SK Pelong 12 Jun 2019 - Pertandingan Sahibba Zon Setiu Barat 2019 telah di adakan SK Sungai Lerek. Pertandingan yang diadakan di SK Sungai Lerek itu bertujuan menguji kemahiran berfikir para peserta untuk membina kosa kata dalam bahasa Melayu yang tepat dan betul seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan.
Walaupun tidak meraih sebarang tempat, tetapi usaha anda semua memang sangat dihargai. Teruskan latihan dan semoga semakin cemerlang di masa hadapan. Inshaallah.SK Pelong Boleh!.
SK Pelong 4 April 2019 - Sekolah Kebangsaan Pelong telah menyertai Perkhemahan Ketua & Penolong Sekawan Bagi Unit PKK Tahun 2019 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Setiu Lama. Seramai 3 orang murid SK Pelong telah mengikuti perkhemahan ini. Perkhemahan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada ketua dan penolong sekawan tentang kepimpinan dalam pengakap.
Ini adalah suatu pendekatan untuk membentuk generasi yang seimbang. Perkhemahan ini juga akan dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru, jurulatih dan murid-murid dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
SK Pelong 20 Mac 2019 - Sekolah Kebangsaan Pelong telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang SK Pelong bertempat di padang sekolah. Semua murid dan ibubapa SK Pelong telah terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut. Kejohanan yang bermula jam 7.30 pagi menyaksikan 4 kontigen Pasukan Rumah Sukan mengambil bahagian.
Para murid telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan dan menonjolkan bakat dan kebolehan dalam bidang olahraga. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh pasukan rumah Biru. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan rumah Hijau. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan rumah Merah. Tempat keempat dimenangi oleh pasukan rumah Kuning. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
SK Pelong 3 April 2019 - Sekolah Kebangsaan Pelong telah menyertai Pertandingan YDSM Smart English Peringkat Zon Setiu Barat yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pelong. Seramai 12 orang murid terlibat dalam pertandingan itu.
Walaupun peserta tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, usaha murni untuk memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka patut diberi pujian. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
SK Pelong 17 Mac 2019 - Sekolah Kebangsaan Pelong telah menggondol tempat kedua dalam acara ragbi plate baru-baru ini. Kejohanan ini berlangsung SK Batu 29, Setiu, Terengganu. Seramai 20 orang murid SK Pelong lelaki dan perempuan telah menyertai pertandingan tersebut.
Sementara itu, Jurulatih Ragbi SK Pelong, Cikgu Ariff Zakwan berkata, penyertaan dalam pertandingan tersebut bertujuan mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid SK Pelong kerana acara ini jarang disertai oleh murid sekolah di Daerah Setiu. "Saya lihat ramai bakat muda yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Kita bercadang untuk menyertai secara aktif dalam pertandingan ini sebagai acara tahunan berdasarkan kepada sambutan yang diberikan oleh murid SK Pelong," katanya. Menurutnya, pihaknya juga berterima kasih kepada para ibubapa atas sokongan diberikan kepada pihak sekolah dengan memberi kebenaran dan galakkan kepada murid bagi terlibat aktif dalam sukan ini.
Kelas |
L |
P |
J |
Tahun 1 |
11 |
12 |
23 |
Tahun 2 |
12 |
10 |
22 |
Tahun 3 |
8 |
5 |
13 |
Tahun 4 |
13 |
15 |
28 |
Tahun 5 |
4 |
10 |
14 |
Tahun 6 |
12 |
17 |
29 |
Jumlah |
60 |
69 |
129 |
JSN Epic provides unique mechanism of installing sample data on directly your current website. Just few clicks and the demo website is here.
In addition to comprehensive documentations in PDF format, you also get support from friendly forum and dedicated support system.
Native RTL support means that every elements on the page is mirror swapped including layout, menus, typography, icons...everything.